Pengalaman Bersalin Anak Pertama Yang Sangat Best
Hi! Dah basi sebenarnya, tapi baru nak cerita. Jap, Jap, nak tunjuk gambar dulu
Haaa, ni lah buah hati kesayangan. Adam Fahri namanya. Keluar-keluar je dah celik mata. Muka garang kan. Mungkin sebab kena paksa keluar. Mak dia dah tak larat nak bawak sebenarnya. Mana tak nye, tengoklah
Dah macam bawak basketball dah. Macam nak meletop pun ada. Time ni berat badan 76kg. naik 22kg bayangkan. Gambar dua hari sebelum kena admit, 39 minggu 5 hari.
Time ni dah ready sangat nk bersalin sebab semua benda yang nk makan sebelum berpantang, dah makan dah. Durian and sushi yang paling penting.
Cerita bermula 11 malam 28 Februari 2017, kawan husband (Anwar-mungkin dia yang menyebabkan contraction) datang rumah nak borak2. Rindu, maybe? kahkah. ChuA (sayalah tu) baru nak naik tidur. Dah landing atas katil pakai stoking bagai bertemankan malam yang tenang, tiba2 kurasakan kekejangan perut yang kuat. Btw sebelum tu dah pernah false alarm and admitted. Tapi yang ni real okayy. Sssakit dia kauuu, boleh tahanla jugak. Tapi kita exaggerate sikit sakit tu sebenarnya (hihi) sebab dah tak sabar sangat nak baby keluar ni.
Mula-mula 'timing' dulu contraction tu, setiap 20minit. Betullaaaaa ada. Excited ni (padahal sakit). Terkinja2 dah. Call husband (sebab malas nk turun naik balik, rumah mak mertua besaq jauh), pastu dia pun keriangan. Okay2 jom gi hospital. Beg semua dah dua bulan siap dalam kereta (we come prepared hahahahha)
20 minit kemudian...
Sesampainya kami di hospital putrajaya, doctor buat checkup dengan segala procedure termasuklah cek jalan menggunakan mulut itik
Dia rodok taw. Bahahahahha saja je nak bagi takut. Tak rasa apa pun benda ni. Mindset je tu. Doctor cakap laluan baru 1cm. Hish! Dari haritu 1cm, sabar jela. Pastu dia check lagi, positif air mentuban keluar. Haaaaa...barulah syok dengar cenggitu. Tapi dia tambah pulak, "Air mentuban awak dah leaking ni, baby kena keluar dalam masa 24 jam takut infection. Kita kena induce awak"
Wow. Seram. Seram sangat. Orang cakap induce ni lagi sakit dari bersalin normal. Orang la cakap. Bukannya I tau pun sakit bersalin normal tu camne.
Tapi apa pun, kali ni perasaan bangga di hati sbb dapat admit ward (sebelum ni kena reject sebab false alarm hahahahahha #taksabarnakbersalin). Lepas husband buat deposit payment rm1200 (sbb Hospital Putrajaya ada first class room je), kena admit dekat wad 2A. Cantik....best. tapi takde gambar. Dalam hati, nasib baik la tak full, kalau tak kena tolak ke Hospital Serdang. Hehe.
Malam tu layan perasaan and layan contraction. Pastu setiap tiga jam nurse datang check tekanan darah, and timing contraction. Best jugak layanan nurse sini, dahla muda mudi.
Bangun pagi terus duduk tunggu sarapan datang. Lepas sarapan je, doctor panggil untuk check bukaan jalan, baru 2cm. Doctor dah cuak pastu dia cakap, kita kena induce awak. Takde buat apa pun, dia masukkan mcm pil je.
(p/s: Tips memudahkan check bukaan jalan adalah kangkang seluasnya dan rapatkan lipatan dengan menarik tumit kaki ke punggung. Penting ye puan-puan)
Pkul 2ptg selepas makan tghari, doctor check jalan lagi. Still samaaaaaaaaa. Aih stress pulak budak ni mcm tanak keluar jee. Doctor geram. "Saya akan pecahkan air mentuban awak dan masukkan ubat keluar najis. Nak kosongkan perut, takut awak terberak sekali masa push baby. Lepas tu kita akan hantar awak ke labor room" Kali ni kena open wide lagi dan dicucuk dengan benda ala-ala chopstick pastu POP pecah dah....Pastu rasa panas membasahi tilam. Hahahahahha rasa macam kencing. Lega taw. 30 saat lepas doctor masukkan ubat berak tu, taik macam tak cukup lubang nak keluar. Muka Megan Fox pun boleh jadi hodoh.
Bila dah settle, I dihantar ke labor room jam 3 ptg. Doctor check jalan, dah 3cm alhamdulillah. Time tu contraction makin sakit tapi kita chill. Kita kena kuat. Kita kan wanita. Who runs the world?! Girls! Time ni la doctor offer bermacam2 jenis ubat tahan sakit. Dkt sini ada epidural, painkiller, gas. Macam menu. pilihlah. Buat pengetahuan semua, ini adalah keputusan yang paling susah nak dibuat sbb I sangat aktif bersukan dan rumors mengatakan epidural (the most effective in killing pain) mampu mengganggu fungsi tulang pinggang. Pastu time tu nurse situ tak habis2 push suruh ambik epidural. Last2 I ambik ubat cucuk biasa tu. Cucuk kat bontot je. kalau Epidural dia cucuk dkt saraf. Ada bran? Pakar je yang boleh buat taw.
Dalam nak menunggu bersalin tu, I and husband layan gas kat dlm tu. Husband cakap nak try kahkah. Mabuk gila gas tu. Best taw. Khayal. Tapi jangan ambik banyak sgt nanti dua hari mabuk cakap merapu2. Pkul 6ptg doktor datang check jalan lagi. Baru 4cm MashaAllah. lagi berapa jam nak tahan sakit sampai 10cm ni. Takpe kita tahankan lagi, tapi nurse dah bebel2 "awak ni duduk la diam2 susah kita nak dapat reading dkt perut awak tu" (fyi, ada ctg instrument dkt perut) "tu lah suruh ambik epidural taknak" eeeehhhh kau ek, over pulak. Takpe, kita sabar.
Pkul 7ptg, I request dkt nurse nak pergi toilet sbb tak tahan sangat nak berak. Nurse cakap "mana boleh, kalau nak sangat berak je atas katil tu". Rasa mcm nak nangis sbb kena berak atas katil. Pastu tiba2 terfikir, nurse boleh tak check jalan. entah2 saya nak bersalin kot. Nurse dengan muka dah naik hantu sbb I nampak mcm mengada2 check jugak jalan. Lalu muka dia berubah kepada terkejut. "Cuba awak teran" Eeehhh main cuba2 pulak dia. "Cuba awak teran lagi" Biar betul nurse ni "Kuat sikit lagi" Hah, apa ni. "Encik Suami tolong keluar sekejap"
Lalu nurse yang lain pun meluru masuk bersama doktor dengan keadaan yang cemas sebab bukaan dari 4cm kepada 10cm dalam masa sejam. Barang2 perkakas bersalin cepat disediakan (I masih boleh perasan okay walaupun dah khayal) Gitu kauuu. Kuasa Tuhan kan. "Okay Puan, push Puan..Encik Suami, masuk sekarang Encik, bagi sokongan pada isteri" Lalu I pegang muka suami dan pandang ke mata terus turun ke hati (abang, ini anak kita. #dramamelayu) "Puan! bukan pandang muka suami! Puan pandang depan! Pandang perut!" Drama Melayu terpotong disitu. I push dengan sangat kuat bersama jeritan full force berkat tenaga 5 biji kurma, air milo sekotak dan roti ikan bilis (i never forget food). "Dah nampak kepala dah sayang" Waahh, ini banyak bagus. Cepat jugak. "Sayang, push sayang" Suami pun meneran sekali (we went to antenatal class together), tapi dia dah berenti meneran I still meneran pastu PLUSH. Keluar dah. Lega. Cemas hilang. Pantas. Sungguh pantas semuanya.
Jam 7.58pm, seorang baby boy bernama adam Fahri seberat 3.44kg selamat dilahirkan secara normal. Alhamdulillah. AllahuAkbar.
Time kena jahit tu 'high' sesangat tak rasa apa pun kena jahit hidup2 tapi kejap2 bangun balik menyampuk orang cakap pastu tidur balik.
Kepada ibu-ibu mengandung diluar sana yang menunggu hari, cubalah amalkan
1) Banyakkan membaca Surah Maryam
2) Urutan Perineal bermula minggu 36
3) Hadiri kelas antenal minggu 32 (sangat penting taw skill pernafasan dan teknik bersalin yang betul)
4) Jangan Lupa sentiasa berkepit dengan makanan untuk tenaga yang mantap semasa PUSSSHHHH
5) Time sakit contraction jangan stop baca doa nabi Yunus dalam perut ikan Paus (kitalah ikan Paus tu, baby nabi Yunus. Gitu. Ke?) hehe. Doa La Hau La walla quwwata illa bila hil aliyyil azhim. Ejaan mungkin salah.
Nah belanja gambar baby 4 Bulan, 8kilo. Nak sekilo? Heee...
Salam Alaik.
Love, S.
Comments
Post a Comment